Saturday, April 4, 2015

TONE EXCEL - pesanan untuk ahli2 yang buat dan nak buat bisness TTTE ni

Pada semua ahli dalam network saya ni yang buat dan nak buat bizness AWESOME ni, pesanan untuk saya dan semua kita kena rajin cari ilmu dan buat bisnes ni konsisten hari2, konsisten x bermaksud buat prospecting hari2, baca dan buat kajian pun bermaksud kita bikin bizness ni hari2. 
Slow tak per jangan beku dah, ingat cerita arnab dengan kura2 ya, kura2 pelan2 pun akhir nya dia yang menang kan. Si arnab laju pada mula lepas tu relax dan tidor nyenyak sampai x sedar si kura dah tinggalkan nya.
Pelajaran nya bukan berapa laju tapi sape yang menang perlumbaan tu kan. MINAT, ILMU DAN PENGALAMAN penting untuk SUKSES dalam apa bidang/bisnes termasuk yang AWESOME DAN AJAIB ni.....

TIPS untuk PERMUDAHKAN KEJAYAAN kita..INSYA'ALLAH...

Pertama: Perhati dan ikut cara orang berjaya

Pelajari dan teliti usaha, teknik, srategi, semangat, sikap, cara, kaedah, dan apa sahaja yang dilakukan oleh orang yang berjayaselagi ianya tidak melanggar batas-batas agama.

dalam bisnes kita ni belajar dari sifu Mazelan Abas, Kak Jah dan otai2 yang dah sukses tu kan..

Kedua: Bergaul dengan orang-orang berjaya
Kelilingi diri anda dengan mereka yang bermotivasi tinggi, bersemangat, berjaya, berfikiran positif, mempunyai matlamat dan visi, dan seumpamanya. Sekali lagi, bak kata mat Salleh, “If you want to soar like an eagle, you must not flock with the turkeys”. Banyak pula kata mat Salleh kali ini ;) Maksudnya adalah, “Kalau hendak terbang setinggi helang yang gah, jangan pula sentiasa bersama ayam belanda di tanah”.
Kenali bulatan kenalan baru. Berjumpa dan berkenalan dengan orang-orang yang disebutkan diatas. Ianya seumpama pergi ke gym. Kalau di rumah, melakukan senaman seorang diri mungkin kurang semangat dan tenaga. Tetpi, apabila pergi ke gym, melihat ramai sedang bersenam, berpeluh tanpa henti, ia seakan memberi semangat kepada diri kita sendiri pula untuk turut sama bersenam, berpeluh tanpa henti!
Kenali dan dampingan bulatan kenalan yang dapat memberi semangat kepada anda untuk berjaya, dan bukannya menjatuhkan semangat anda.

 Ketiga: Jadikan usaha sebagai tabiat


Konsisten dalam usaha anda. Tidak semestinya anda berusaha sekeras mungkin untuk sesuatu masa yang tertentu. Apa yang penting adalah konsisten dalam usaha yang dilakukan. Apabila konsisten, ia akan menjadi tabiat dalam diri kita sendiri.
Seperti perlumbaan kura-kura dan si arnab, arnab yang sebegitu laju tetap kalah oleh kerana berhenti ditengah jalan untuk tidur. Si kura-kura menang kerana konsisten selalu sehingga ke akhirnya.
Melakukan usaha dengan pantas, dan bersemangat sememangnya penting. Tetapi, ianya tidak akan menjadi sekiranya tidak konsisten. Kalau nak berusaha dengan pantas, keras, & bersemangat, boleh, tetapi biarlah konsisten dan dilakukan setiap hari.
Sediakan jadual mingguan untuk diri anda sendiri dan senaraikan matlamat yang anda ingin capai setiap hari dalam seminggu. Jadual mingguan ini akan menjadikan and alebih teratur dan konsisten dalam usaha anda. Jadikan tabiat untuk sentiasa merancang minggu anda dengan usaha-usaha yang anda perlu lakukan, dan lakukannya!

Sememangnya, untuk berjaya tiada cara yang mudah. Kalau ada yang kata boleh berjaya dengan mudah, tipu la tu. Namun, pastinya ada cara-cara untuk PERMUDAHKAN kejayaan anda.

SELAMAT & SUKSES SEMUA.....
















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...