ni share tips dari IK lagi yang boleh kita fikir dan apply pada pa2 pun dan bukan nya bis dan kerja jer..
Dalam apa sahaja anda lakukan, banyak bertanya untuk mendalami sesuatu bidang yang bukan kepakaran anda. Bertanya adalah short-cut untuk memperolehi ilmu dari pakar! Bukan sahaja bertanya akan menambahkan ilmu anda, malah, ia merapatkan anda dengan mereka di sekeliling anda yang anda suka bertanya kepada, dan memudahkan komunikasi.
Orang yang anda tanya juga akan rasa dihargai dan akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda berjaya dengan membantu anda dari segi berkongsi ilmu/pengalaman.
Tidak kira tahap mana kepakaran anda, anda masih perlu menuntut ilmu. Dan cara termudah dan terpantas adalah dengan bertanya!
Terdapat pepatah Cina berbunyi: “He who asks a question is a fool for five minutes; he who does not ask a question remains a fool forever.” – Chinese proverb
Maksudnya, adalah, siapa yang bertanya soalan mungkin terasa seperti tidak tahu selama 5 minit sahaja. Tetapi siapa yang TIDAK bertanya soalan, dia tidak akan tahu sampai bila-bila.
Sehingga kini saya masih lagi menuntut ilmu dan menambahkan lagi ilmu dalam bidang perniagaan, Internet dan kejayaan dengan banyak bertanya. Bertanya memudahkan pembelajaran oleh kerana anda akan mendapat jawapan yang tepat dengan apa yang ingin anda cari.
Entah kenapa, seringkali, bila seseorang itu ingin bertanya, beliau merasakan dirinya amat rendah. Akhirnya, beliau tidak bertanya dan simpan sendiri segala persoalanan. Mungkin dengan bertanya soalan, terasa kita bodoh kerana tidak tahu. Maka, jawapannya adalah kita mempunyai masalah ego kerana tidak mahu mengaku tidak tahu.
Apabila bertanya, kita akan mendapat ilmu. Dengan ilmu tersebut, kita boleh kembangkannya dan mengaplikasikannya dengan cara tersendiri. Daripada saya buta-blog, kini blog mendapat sambutan hebat. Semua daripada sikap bertanya.
Jangan malu dalam bertanya, sekiranya malu bertanya, maka anda sendiri yang akan rugi!
HARAP MEMBANTU...